Jumat, 01 Agustus 2008

~ MOTIVASI ~

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman yaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia
( Al-Mu’minun :1-3 )

Demi kejayaan rebutlah lima masa;Mudamu sebelum tua,Sihatmu sebelum sakit,Kayamu sebelum fakir,Lapangmu sebelum sibuk,Hidupmu sebelum mati
(Hadis Nabi Riwayat AL-Bukhari 194 – 256 H)

“ Sesungguhnya Allah tidak melihat rupa dan harta kalian, tetapi Ia melihat hati dan amal kalian.”
(HR.Muslim dari Abu Hurairah ra)

Penawar yang paling mujarab ialah rajin
(Iman Ghazali 1058 - 1111)

Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu
(Iman Syafi’i 767 – 820 m )

Fikiran hanya tumbuh kalau dipergunakan dan surut kalau dibiarkan menganggur
(Iman Syafie 767 – 820 M)
Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit
(Soekarno 1901 – 1970)

Tanpa disiplin yang tinggi seseorang itu terdedah kepada penyimpangan matlamat
(Tun Hussein Onn 1922 – 1990 )

Rahsia kejayaan ialah ketekalan tujuan
(Benjamin Disraeli 1804 – 1881)

Take a moment now to dream and to think what you really want for your life
(Anthony Robbins 1986 - )

Tidak ada yang mustahil bagi yang berani mencoba
(Iskandar Zulkarnain 356 – 323 sm)

Jika matlamat anda jelas anda boleh mencapainya dengan mudah
(Lao Tzu 604 – 531 sm)

Belajar tanpa berfikir adalah sia-sia ; berfikir tanpa belajar adalah berbahaya
(Confucius 551-479 sm)

Tidak cukup mempunyai minda yang baik yang penting menggunakannya dengan baik
(Rene Descartes 1596 – 1650)

Tiada hari yang terlalu panjang bagi mereka yang suka bekerja
( Seneca Pujangga Rom )

Reading to the mind what exercise is to the body
(Sir Richard Steele 1672 – 1729)

Jangan biarkan ayam di kepuk mati kelaparan itik di air mati kehausan
( Aminuddin Baki )

Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai
(Marcus Tullius Cicero 106 – 42 sm)

Setiap kerja yang besar itu pada mulanya adalah mustahil
(Thomas Carlyle)

Sesiapa yang membaca dan mengamalkan apa yang dibaca akan memerintah dunia
(Napoleon Bonaparte 1769 – 1821)

Minda yang kerdil umpama pokok yang kerdil tidak boleh berbuah dan berbunga
(Prof Diraja Ungku Aziz 1992 )

Lebih baik mencucuh sebatang lilin daripada mengutuk kegelapan
(Peribahasa Cina)

Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhi semasa mendaki tangga kejayaan
(Brooker T. Washington 1856 – 1915)

Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal
(Dr Mahathir Mohamad 1925 - )

Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesaikannya adalah lebih hebat
(H.W. Longfellow 1807 – 1882 )

Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis
(Aristotle 384 – 322 sm)

Tidak ada komentar: